Rahsia Surah Al Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & d turunkan di Makkah & bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW. kerana d turunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang d kasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim & bapa saudaranya, Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan & tiada air, bacalah surah ini & gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah d percayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi petunjuk pada kita d mana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyu’ ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya / terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi d zalimi.

::Sharing is Caring::

No comments:

Post a Comment

Copyright©2012. All Right Reserved by Z.a.h.y.r.a.h N.i.z.a.m